Majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Angsana Ipoh Mall – 16 jun 2016

Satu acara berbuka puasa bersama anak yatim di Angsana Ipoh Mall telah dianjurkan pada hari khamis 16 jun 2016 oleh uda holdings bersama-sama dengan penyewa kompleks baru-baru ini. Program ini dinamakan sinar kasih ramadan. Pada hari tersebut sebanyak 50 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak. Pengunjung kompleks telah dihiburkan pada waktu awal dengan persembahan dari panji buskers. Majlis telah diacarakan oleh wahib senario dan pu yeob. Kumpulan nasyid generasi turut memberikan persembahan. Kemuncak majis adalah penyerahan sumbangan dari uda holdings dan uo superstore kepada anak-anak yatim. Majlis telah selesai selepas selesai berbuka puasa di hadapan angsana ipoh mall.




Comments